Tuesday, August 19, 2008

  • Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak adalah platform Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyediakan latihan kemahiran binaan dan pengurusan untuk tenaga kerja pembinaan Malaysia di samping menguji dan menilai kemahiran serta mengkreditasi pekerja mahir industri pembinaan. ABM Wilayah Sarawak adalah berasrama penuh dan terletak di kawasan seluas 60 ekar di Kompleks CIDB, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching.

  • Sekiranya saudara ingin memanfaatkan peluang ekonomi dalam bidang pembinaan sama ada sebagai tenaga kerja atau usahawan, Pergerakan Pemuda PBB N7 Samariang mencadangkan agar saudara mempersiapkan diri dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang boleh diperolehi dengan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di ABM Wilayah Sarawak. Antara kursus yang ditawarkan termasuklah :

  1. penerapan bata, pelepaan dan penjubinan
  2. concreting, barbending dan formworking
  3. pemasangan drywall, plasterboard dan fixed ceiling
  4. perpaipan (bangunan dan kelengkapan sanitari)
  5. lanskap
  6. kerja dekorasi dan kerja cat
  7. lukisan pelan senibina
  8. wireman gred 1 & 2
  9. pemasangan perancah
  10. penghawa dingin
  11. operasi kren bergerak
  12. operasi backhoe loader
  13. operasi wheel loader
  14. operasi hidrolik excavator
  15. operasi kren berantai
  16. kimpalan
  • bulan kemasukan : 2 & 15 Sept, 06 & 15 Okt, 03 & 14 Nov dan 01 & 15 Dis
  • jika berminat, sila hubungi Puan Zahrah Madli/Encik Milly Mawan/Encik Isa Harry di talian 082 446700/448700

  • Persaingan yang semakin sengit dalam industri ini memerlukan saudara memiliki ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi daripada orang lain, Jika tidak bagaimana saudara mampu bersaing dengan mereka. Akhirnya, saudara akan ketinggalan di belakang dan terlepas peluang meningkatkan taraf hidup dan merebut peluang ekonomi yang tersaji di hadapan kita.

  • Ingatlah, tiada siapa yang dapat merubah kehidupan kita sekiranya kita sendiri tidak memulakan usaha perubahan itu. Ayuh, bertindaklah sekarang demi masa hadapan yang lebih cerah. Selamat Maju Jaya !

Dipetik dari Borneo Post 10 August 2008

0 comments: