Sunday, August 10, 2008

SEPATAH KATA KETUA PEMUDA PBB N7 SAMARIANG

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Pergerakan Pemuda PBB N7 Samariang melangkah setapak lagi dalam usaha memperkasakan Pemuda Samariang dengan mewujudkan halaman yang dikenali sebagai Perkasa Kerjaya.
Halaman ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai jawatan atau kerja kosong yang terdapat di pasaran kerja semasa. Ia dipetik dari pelbagai sumber terutamanya dari media cetak. Dalam perkara ini, Pergerakan Pemuda PBB N7 Samariang BUKAN berperanan sebagai agen mencari pekerjaan.
Kami sekadar berusaha membantu mereka yang sedang mencari maklumat tentang jawatan atau kerja kosong. Mereka yang berminat dinasihati berhubung terus dengan organisasi yang berkenaan melalui butiran yang dipaparkan.
Selain daripada itu, seboleh mungkin, kami akan cuba turut menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran di pelbagai institusi latihan milik kerajaan atau swasta sebagai persediaan melengkapkan diri mereka yang sedang atau akan mencari pekerjaan.
Semoga Anda Yang Sedang Mencari Pekerjaan Berjaya Mendapatkannya !
Wassalam.
ABDUL BADERI BIN SAHMAT

1 comments:

bahtiarmahidin said...

bagus..teruskan usaha murni ini...saya sokong...